TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 71)
Klas Penerbangan & Minda Penerbangan
Memang kita suka klas penerbangan yang lebih baik & mewah. Kalau boleh, nak duduk di klas pertama atau klas bisnes. Kalau terpaksa duduk di klas ekonomi, kita cari jalan nak dapat tempat duduk terbaik samada sebelah tingkap atau sebelah lorong atau barisan hadapan atau lorong kecemasan untuk ruang kaki yang lebih sedikit. Ini sifat manusia.
Ini tidak salah. Kalau mampu, silakan. Malah, dalam doapun, berdasarkan sebuah hadith, "apabila kamu meminta syurga, mintalah al-Firdaus (syurga paling tinggi atau teratas)".
Saya tidak pernah terbang dengan klas business apatahlagi klas pertama dengan wang sendiri. Kalau saya layak terbang klas bisnes & ditanggung pihak lain, saya akan ambil kemudahan ini. Kalau tidak, saya akan duduk di klas ekonomi di tempat duduk pilihan saya. Saya amat cerewet tentang tempat duduk walaupun di klas bisnes sebab masa penerbangan adalah detik kehidupan saya. Tidak boleh disia-siakan.
Yang penting bukan klas penerbangan tapi klas minda penerbangan. Kalau dapat rezeki di klas bisnes, saya sudah ada jadual ketat & smart untuk gunakan masa sebaiknya berdasarkan kemudahan & kelengkapan serta ruang gerak di sini. Kalau berada di klas ekonomi - berdasarkan realiti tempat duduk - saya akan susun program yang sesuai dengan tempat duduk & tempoh perjalanan. Saya akan menaiki kapal terbang dengan minda tinggi.
Ada aktiviti sesuai waktu tunggu pesawat berlepas, sedang berlepas, waktu makan, waktu dipadam lampu, waktu mendarat & waktu menunggu bagi keluar dari pesawat. Tak buat apa-apa adalah yang paling mudah dalam kehidupan. Melakukan sesuatu yang tepat pada masanya adalah pencetus kejayaan & juga personaliti penjana masa.
Saya banyak membaca atas kapal terbang tapi bukan bahan bacaan berat. Never. Jangan. Saya baca pelbagai surat khabar. Majalah. Novel. Manuskrip buku saya. Paling kurang, saya susun diari saya yang padat & sarat. Sesuai sangat bila berada 40,000 kaki di udara Aktiviti paling best berangan2. Ideation.
"Untuk berjaya, kita tidak semestinya memiliki semua yang terbaik tapi menggunakan apa yang ada dengan cara terbaik" (petikan dari novel saya Covid 25).
MDB